[L ♥ I ♥ F ♥ E ]

"its NOT about caring what other PEOPLE think:
its about LEARNING to LOVE what you have."

Saturday, July 30, 2011

puasa dah hampir tiba! :)


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATU, ALLAH AZA WAJALLAH. oke! lama rasanye tak semakkan blog. EHEH. g operation hati. da tenteram sikit. alhamdulillah. :))

kalau ikut bulan islam, skrg bulan syaaban. lagi beberapa hari klu da nampak anak bulan, masuk la ramadhan al mubarak.ikut jangkaan 1hb ogos yep. kalau kat melaka kan tempat nak tgk anak bulan di balai cerap Al-khawarizmi, Tanjung bidara. tp aku tak pernah pun g tempat tu. nama je anak melaka. :D tak sabarnye nak menyambut ramadhan. bangun sahur kemudian berbuka. jap, korg da abis ganti puasa tak.?? hah, klu tak habis berganda, lagi payah nak ganti. taw.?

tp yang paling aku suka ialah makan beramai- ramai satu keluarga. masa puasa je la nak dapat. sebabnya, hari2 biasa kami makan ikut suka hati. sape lapar, dia makan, sape tak lapar,dia tak makan. HAHA. biasa la kan. :D

bulan puasa ni bulan rezeki, mase ni la org ramai bersedekah. oke, bulan lain pn org bersedekah. tp ramadhan lebih ramai lagi. nak ambil berkat pahala, ganjaran lebih besar dr Allah. yg penting, ikhlas nak membantu. 

berbuka nt juadah hidangan tu, berpada2 lah. takut plk nt tak terhabis. yewla, bila lapar itu ini kita rasa nak mkn. bila da mkn, terlebih kenyang, sampai tak bole bangun. *wahh, imaginasi. ehee. last, biar je makanan tu. kan da membazir.  *smbil ingtkan dri sndiri jugak nih. :D

oke la. da abis idea. HAHA. bkn ap, ilmu agama lebih sikit dr cetek tp tak lebih dr excellent, takut jauh menyimpang. dan aku masih berusaha ke arah excellent. insyaAllah.

di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua umat islam seluruh dunia. :) moga2 anda, juga aku, memperbanyakkan AMAL IBADAH kepada YANG MAHA ESA. :)

renung- renung sampai lah termenung ;)

"Setan semua sedang bersedih. Menghitung hari untuk tidak lagi dapat mengganggu anak-anak Adam. Siapa tak puasa nanti tanpa alasan yang munasabah, jangan nak salahkan setan lagi, tapi salahkan perangai yang macam setan." - Unknown- 0h! media.


Monday, July 18, 2011

OPERATION~


dalam proses merawat hati. harapku tidak sakit lagi.
-.-'
{sikit tp bermakna}

hari ini.

salam. hai kwn. 
hari ini adelah hari AHAD. seperti yg korg taw. biasanya hari ini hari org rileks dr penat menjalani rutin harian sebagai seorang pekerja, pelajar dan sebagainya. tp, ada juga yg masih bekerja dan belajar hari ini. segelintir, mungkin dlm keadaan terpaksa. wallahualam. :)

oke, mukadimah yg panjang. :) sbenarnya hari ini nak cerita, td kuar teman ayah. nak cari handphone katenye. EHEE. da teman da pn. handphone da dpt jgk. tuju kt satu kedai je. ayah memang tak cerewet. kalau aku, nak survey harga dulu. ayah tak pun. bgtaw handphone jenis apa dengan function yang menarik dan canggih seperti yang dia mahu kat tuan kedai. then terus beli. tp minta tawar la. sekarang, handphone ayah lagi canggih dr anak2nya. jeless sungguh. :D 

after beli tu, adik pulak ajak g survey laptop. sibukk je. HUHU. tp tak jumpa kedai laptop. cari kt TESCO dengan MELAKA SENTRAL memang la tak ade. tak ape. lenkali kite cari eh YUN.

oke, da sampai kemuncak cerita hari ini. mase jalan kat MELAKA SENTRAL kan. tiba2 aku perasan ayah & adik aku tak de kt belakang aku. yewla aku leka sangat tengok baju2 kat situ. aku cari2, baru lah jumpa mereka. nak taw mereka buat apa.?? PERHATI SORG BUDAK KECIL NANGIS SMBIL KE HULU, KE HILIR. budak tu cari mak dia kot. *mcm aku cari ayah aku td. tp aku da besar, budak tu kecil, :D. sambung. bahaya taw budak tu. da la ramai orang. tp orang tengok je dia.

pastu ayah aku dengan mulia hatinya panggil bdk kecil tu. "meh sini, cari mak" sambil hulur tangan suruh pimpin. budak tu pun pimpin tangan ayah. ayah nak bawa pergi kaunter pertanyaan sebenarnya. kesian budak tu nangis. masa dalam perjalanan ke kaunter, tiba sorg wanita, mak budak tu kot. muka dia risau habis. datang terus dukung budak tu peluk. aku pulak risau dia tuduh ayah aku nak curi anak dia. aku pun kata la. "budak ni nangis kat situ td. ni nak bawa dia pergi kaunter pertanyaan. tak perasan ke dia hilang." CEHH. selamatkan ayah, ayah tak buat salah pun, cuma risau saja org fikir bukan2. :) then wanita tu kata. "terima kasih yew". :) dia masih terkejut. nampak sangat.

pedomannya disini, jangan lah kita terlalu leka dengan khazanah2 di kedai sehingga tidak perasan orang terdekat sudah hilang. lebih2 lagi kanak2. kanak2 banyak hilang mungkin kerana mereka2 yg cuai serta leka ini. sekian. :)

adik bongsu. muhammad ahzim zikry. sayang adik. :)

Saturday, July 16, 2011

SEKAMAR RINDU :)


sekamar rindu. :D
ermmmm. tak terkata sebab terlalu terharu.
hanya terima kasih saja yang mampu. :)
bertuah sungguh rasa. EHEH. 
tak hairan la kalau blog SEKAMAR RINDU banyak FOLLOWER.
kerana empunya blog tahu menghargai mereka.

terima kaseh untuk yang ke beberapa kali.


ohh amal

hati kecil..


dalam pada merasa tidak dipedulikan. sering diri tertanya- tanya adakah kau merindui aku.
dalam pada cuba tidak mempedulikan. ingin jua aku mengambil tahu sesuatu tentang kamu.

aku rindu kau la giler!
benci rasa ni.

Thursday, July 14, 2011

MAZUR BAND. aku peminat mu. :)


kalau nak dengar lagu kepada lirik kat bawah ni. sila lah singgah sini MAZUR BAND. da lama aku ikut band ni. sejak zaman myspace. layannnn. rockmantic. :DD

MIMPI by MAZUR BAND
riang, hatiku gembira. mengingat kenangan, masa lepas kita.
hidup ibarat pepohon ditiup sang angin menemani kita.

namun masih ku teriak, dari mimpi yang tak sudah.
hati ku masih merindukan mu, ke mana mimpi ku, menghilang.

kini baru ku sedari, kau telah lama pergi,
tinggal ku sendiri, hatiku lama bersedih, 
datang la mimpimu, menemani aku.

datanglah dirimu, datanglah ke mimpi ku. 
datanglaa. ohh dirimu.


TINGGAL AKU by MAZUR BAND

terasa indah bila, kau dan aku.
duduk termangu melihat kau tersenyum.
jika kau hadir dalam lena ku.
belai manjamu, menggoda sukma ku.
namun kusedari semuanya fantasi 
kau dan aku tak mungkin bersatu.
dengarlah ohh kasih
tak akan bersemi stiap lelah panji cinta hati ini.
pergilah ohh kasih
janganlah kembali sesungguhnya nanti kau akan mengerti

:) tak pe ke amik gambar mereka.?? 



Tuesday, July 12, 2011

NOSTALGIA...

semester dua!

rindu bersiap ke kelas.
rindu pakai baju kurung.
rindu sarung matrix card.
rindu jalan kaki ke kelas 
ditemani terik matahari, juga hujan lebat.
rindu siapkan homework.
rindu masa2 sibuk bersama assignment.
rindu pensyarah, pengajarku.
rindu kawan2, teman sepejuanganku.
sungguh!! tak tipu!
rindu ini semua
nostalgia ku.

Sling Denim Bag Giveaway


hey3. aku tak percaya ....... :) aku join contest. HAHA. 
debit to cik piska kerana telah membuka mata ku untuk join sama contest ni. EHEH
korg pn join la jugakk!
untung2 boleh menang! :D
 nak join juz klik banner kat bawah tu. senang jeee. rugi tak cuba. 
 thanks cik norsharmila
juga piska.
:)






Monday, July 11, 2011

SKDHB BATCH 1997-2002



salam. hey kawan2. :) 
entri kali ni khas untuk kawan2 sekolah rendah ku yg tercinta. SEK. KEB. DATUK HAJI BAGINDAbila cerita pasal mereka, sgt2 teruja aku rasa. nak taw knp.?? kebanyakan dari mereka telah ku jumpa dalam MUKABUKU. facebook la. HUHU. msti korg cakap. alaa, baru jumpa dlm FB da teruja bagai. Biar la. Skurang2 nya jumpa, nk tunggu jumpa face to face amik mase la. kene rancang betul2 taw.

sebenarnye, aku telah menubuhkan group semata2 utk bertemu mereka kembali. alhamdulillah, ramai yg beri respon positif && gembira bila group ni di tubuhkan dlm FB. 

tujuan utama aku wat group ni pn nk menghimpun kembali, kawan2 aku yang da lame sangat tak jumpe, ade tu abis sekolah mase darjah ENAM, smpai skg terus da tak tahu cerita. cuba bayangkan, last jumpa umur 12 tahun. skg ni da 21 tahun. HAHA, lame tak lame.? mesti banyak cerita nak kongsi kan.??

even ada mmber SKDHB dlm friendlist FB aku, kami jarang sgt bertegur sapa. langsung tak bertegur sapa pun ada. mungkin masing2 segan & da tak cam wajah. :)

mcm biase la, mula2 tu aku tak pasti same ade nk wat ke tak group ni.? takut tak ada sambutan. tp aku tanye jugak sowg mmbe mase sekolah rendah ni. HANA namenye. aku tanye, sekolah rendah kite ade wat group tak.? *yewlaa, mane tahu dah ade cuma aku tak dijemput masuk ke.? malu je nanti. pastu, si HANA ni balas."tak ada aku rasa, kenapa kau nak buat ke.? buat lah, aku on je." aku pun ape lagi kate la. "aku rase macam nak wat.: then beberapa minit lepas tu, aku pn wat la. klik sane, klik sini. tertubuh la 1 group yg di beri nama  SKDHB BATCH 1997-2002 didalam laman FACEBOOK. ehee. 

sekarang ni kalau korang nak taw, macam2 happening giler dalam group tuh. kelakar pn ade aku tengok. masing2 tak sombong, boleh bergurau senda. semua kelas tak kira MUSYTARI, MARIKH, && NEPTUNE adelah terbaikk. bahagia && bertuah je rase. syukur. masing2 bertemu jua. harap bukan mase mula2 je happening, tp mase2 akan datang jugakk!~

ohh amal

Sunday, July 10, 2011

batuk ohh batuk.


skg ni aku diserang batuk. aku rase teruk jugak la. hampir lebih sbulan penyakit ni menyerang. bile malam je makin menjadi2. sampai kadang aku xbole nk tidur. tidur2 ayam je dapat. :) 

macam2 pantang aku ikut, xminum ais, minum air suam slu, smpai nk tidur pm kne ade air sebotol kt seblah aku. tak tahan kadang2, tp nak wt camne. klu da nak kene tu. kene jugak. kan.

aku pun da melarang diri aku sendiri dari memakan buah2an yang ade kt skeliling rumah tu. lagi2 skg tengah musim durian ngan rambutan. buah2 tu kan bole wat deman klu mkn banyak2, so, aku tahan je la nafsu nk makan buah2 tu semua. nk baik punye pasal. perghh, sabar je la. 

ubat.? da makan da. tak cukup sebotol. tp ubat minum la. yg cap ibu && anak tuh. :)

check doktor.? nnt, dlm mase terdekat ni aku pergi la. umi aku pn da risau. asik tanye je pasal batuk nih. tp aku kate tak pe. boleh baikk. 

sebenarnye dlm aty aku risau jugak, da lame sgtt kot aku batuk2 nih. takut ade penyakit len je. mintak2 jauhkan la. 

DOAKAN AKU CEPAT SEMBUH.

Thursday, July 7, 2011

pilihan yang aku tak pasti.


salam... :) ermmm.
dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku dengan rasminya ingin mengatakan bahwa aku telah berjaya melanjutkan pelajaran di UiTM Bandaraya Melaka dlm jurusan *jap ehh aku check balik. lupe pulak. ehee. hah, dalam jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Insurans). :D

oke, tak de ape yang nak di bangga kan sangat pun sebab ramai lagi kawan2 aku yang lain lebih berjaya dari aku. rata2 dari mereka meneruskan pengajian dalam bidang yang same mase blaja diploma dulu, iaitu PERAKAUNAN. sayangnye result final sem aku tak berapa nak cantek, so melencong la jurusan aku yang aku dapat ni. tak sangka betul melencong jauhh. HUHU. *yewla, sala sndri jgk, dulu kate tak nak da sambung belajar, dapat apa pn tak kesah. tengok sekarang ape nak jadi.??? susah nak wat pilihan kan nak terima atau tak.? 

terima ke takk.?? tak minat la cos nih. nak tukar cos je rase. jd, nak terima ke tak.?? huhu. 

aku da mintak nasihat lecturer di JABATAN AKAUN UNIKOP. mybe mdm nad kot yg bg pandangan tu. wallahualam.  ni kate beliau.

u jgn pikir coz insurans tu nnti u keje jadi insurans ke apa...mungkin u boleh jadi lain kan...pastu, u pikir betul2 u minat ke x?pada sy u masuk dulu, then try minta tukar course kalu xboleh tukar try dulu course tu...beri keyakinan yg u boleh buat..bukan semuaorg dapat peluang mcmni...betul x...tp pada sy, u try solat istiharah mungkin Allah akan beri petunjukpada u nnti....percayalah Dia dah tetapkan yg terbaik tuk u k....

aku termakan jugak dgn kate2 lecturer aku ni. yewla, bkn smua orang diberi peluang. Allah sentiase tetapkan yg terbaik utk kita. dan aku akn cube usaha yang terbaik klu ini jalan yg aku pilih nanti. 

pendaftaran online tamat 31hb Julai 2011, aku masih belum mendaftar, ade lagi perkara yg perlu aku fikirkan sedalam2nya terutam sekali, FAMILY, KEWANGAN, serta KEYAKINAN. hrp2nya aku mendapat petunjuk dari ALLAH, agar kerunsingan ini tiada. 

syukur kerana masih diberi peluang. :)

ohh amal

Sunday, July 3, 2011

kenapa && kenapa.


bila sendrian, rasa sunyi memang la terasa. kadang terniat mencari pasangan, menerima seseorang. tp knp hati ini masih terikat pada yang tak pasti, pada yg tidak dimiliki. sehingga susah untuk memberi peluang. ssungguh nya bkn ini yang aku inginkn. melayani hati yang lara, berbalik ke kenangan lama. semua, cuba aku hindarkan. yang dikesalkan, makin dijauhi, makin lekat di hati ini.

walau sudah jatuh, tersesat jauh, namun aku tetap juga punya hati. mgkin kerana aku jua belum ikhlas merelakan yg terjadi. zahirnya mungkin anda2 melihat, aku tersenyum, tertawa, bagai tiada ape yang merunsing di hati. tp sakit didalam bagai ribut taufan, adekah sesiape mngerti. mgkin sstengah orang dpt mnafsir ape yg blaku, tp adekah yg betul2 fahami, jiwa yg makin parah. :(

ketika ini, aku ingin berkata. maafkan ku wahai hati. kerana tidak menjaga mu, terlalu menyakitkan mu, slalu mempermainkan mu. maafkan ku wahai jiwa, kerana melukai mu, mencalarkan mu pada insan yg tidak punya rasa.

saat ini, aku ingin berkata. selamatkan ku wahai hati. manis kn hatiku dgn bahgia, teguhkan hatiku dengan sabar. selamatkan ku wahai jiwa, kerna ku tak mampu, mnanggung rasa perit ini, menahan sakit yg tercipta untuk insan yg tidak punya rasa.

seringkali, menangisi sesuatu kehilangan, bagai aku da tak punya apa2 lagi. seringkali juga ku bersyukur, masih ade yg memberi kekuatan, serta semangat untuk ku bangkit menjalani hari2 yg berganti, seolah2 aku la yang paling bahagia. tipu, aku bkn benar2 paling bahagia. aku pura2 paling bahagia. dan aku hanya sedikit bahagia,  trima kasih kpd insan yg memberi semangat, aku telah sedikit bahagia. :')

aku ingin bahagia, paling bahagia. sehingga tiada lagi alasan untuk menangis. selamatkan hati dan jiwaku. hadirkanlah aku cinta yg kekal abadi sesama insan.

ohh amal~