[L ♥ I ♥ F ♥ E ]

"its NOT about caring what other PEOPLE think:
its about LEARNING to LOVE what you have."

Monday, October 3, 2011

motivasi pagi~ 20 perkara jangan!

salam selamat pagi semua.. :)
selalunya sesetengah perkara yg jdkebiasaan kita tu ada kesan yg memudaratkan, cuma kita sedar atau tak je. kan.? arini mari kita motivasikan kan diri kita. ehehe. jom.. kita baca "20 perkara jangan", tak boleh, dilarang sama sekali dilakukan. :)

  1. jangan sengaja lewatkan solat. perbuatan ini Allah tak suka. kalau tertidur lain la cerita.
  2. jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). takt kalau2 terbawa keluar najis, kotor seluruh rumah kita.
  3. jangan makan && minum dalam bekas yg pecah atau sumbing. makruh krn ia membahayakan.
  4. jangan biarkan pinggan mangkuk yg tlh digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (krn berpagi2 itu membuka pintu berkat.
  6. jangan makan tanpa baca bismillah nanti rezeki di kongsi syaitan.
  7. jangan keluar rumah tanpa niat utk membuat kebaikan, takut2 kita mati dlm perjalanan.
  8. jangan pakai sepatu atau selipar yg berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. jangan biarkan mata liar di perjalanan. nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. jangan bergaul bebas ditempat kerja. banyak buruk dari baiknya.
  11. jangan bertangguh taubat bila berbuat dosa krn mati boleh datang pd bila2 masa.
  12. jangan ego utk meminta maaf pd ibubapa @ sesama manusia bila mmg kita yg bersalah.
  13. jangan mengumpat sesama rakan taulan. kelak rosak persahabatan, hilang rasa bahagia.
  14. jangan lupa bergantung kpd ALLAH dlm setiap kerja kita. nanti kita sombong bongkak bila berjaya, kalau gagal kecewa pula.
  15. jangan bakhil utk bersedekah. sedekah tu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.
  17. jangan biasakan berbohong, krn ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih org pd kita.
  18. jangan suka menganiaya manusia @ haiwan krn doa org yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  19. jangan terlalu susah hati dgn urusan dunia. akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.
  20. jangan pertikaikan knp islam itu berkata JANGAN. sebab semuanya demi keselamatan dan kebaikan kita.
ALLAH lebih tahu apa yg terbaik utk CIPTAANNYA......

sedar kan org sambil sedarkan diri sendiri. sekian, renung2kan dan selamat beramal!

terimakasihdaunkeladi. \(';')/

sumber dari kem motivasi RUMAHKU SYURGAKU yg pernah aku sertai.


kau dengan dia kenapa.?

salam

semalam....

"nak tanya sikit boleh.? kau dengan dia kenapa.? da tak kawan lagi ke.?" 

"kenapa.? dia ada kate apa2 ke kat kau.?"

"tak, dia ade kol aku, ceria semacam suaranye, aku tanye kenapa? rupenya tengah bahagia. ingat kn dengan kau"

"so, aku tak kawan dgn dia pun takpe la kan.? dia da berpunya" :)

"kalau kau nak taw, dia terima budak tu sebab kau jauhkan diri dari dia"

"yekew, aku tengok mase aku mula2 kawan dgn dia lagi, dia da ngan budak tu, selalu je aku tengok kat wall (FB) dia share lagu cintan kt budak tu"

"tak, dia da mula suke kat kau, tp kau la yang taknak layan dia, jauhkan diri dari dia. dia mesej kol sume kau tak balas.? kau kenapa.? pelik aku dgn kau ni"

diam, tak taw nak kate pe. akhirnya....

"hurm, entah la. aku tak suke bila dia ...... susa nak jelaskan. mmg salah aku. aku yg sengaja jauhkan diri. bkn dgn dia je, dgn laki lain pun aku jauhkan diri jgk. aku nak sendiri2 kot. aku ni kan pelik"

-.-''

arini....

aku rasa mcm ade sesuatu yg aku tak habis kan. sehari suntuk aku pikir. kalau semalam tu akan kembali lagi. aku nak cakap....

"aku nakk berkawan dengan dia. KAWAN JE.  tp bila aku dapat rasa dia da mula suka atau anggap aku mcm lebih dr seorang KAWAN, secara automatiknya aku menjauh. bkn dgn dia je dgn org len pun sama aku cmtu."

"kenapa aku mcm tu.? sebab, aku tak nak main2 kan perasaan dia. dari aku melayan dan sampai mase nye aku tetap tak boleh anggap dia lebih dari kawan lebih baik awal2 lagi aku berundur. hati aku belum terbuka, dan aku takut kalau aku tetap layan, mcm memberi harapan pulak."

"silapnya aku, aku tak reti menolak dengan baik && buat keputusan jauh kan diri. hurm, aku tetap di salah anggap kan.?? jauhkan diri dgn tiba2 tanpa sebab umpama memainkan perasaan org, pdhal tu yg cuba aku elakkan. aku taw rase bila di permainkan, dan aku tak nak org lain jgk rase."

tak pe la. semalam da terlepas. arini aku jelaskan. hrp esok kawan ku bace coretan ni. klu esok masih tak tahu ttg ini, ari2 mendatang dia masih berpeluang. :))

terimass......