[L ♥ I ♥ F ♥ E ]

"its NOT about caring what other PEOPLE think:
its about LEARNING to LOVE what you have."

Monday, July 18, 2011

hari ini.

salam. hai kwn. 
hari ini adelah hari AHAD. seperti yg korg taw. biasanya hari ini hari org rileks dr penat menjalani rutin harian sebagai seorang pekerja, pelajar dan sebagainya. tp, ada juga yg masih bekerja dan belajar hari ini. segelintir, mungkin dlm keadaan terpaksa. wallahualam. :)

oke, mukadimah yg panjang. :) sbenarnya hari ini nak cerita, td kuar teman ayah. nak cari handphone katenye. EHEE. da teman da pn. handphone da dpt jgk. tuju kt satu kedai je. ayah memang tak cerewet. kalau aku, nak survey harga dulu. ayah tak pun. bgtaw handphone jenis apa dengan function yang menarik dan canggih seperti yang dia mahu kat tuan kedai. then terus beli. tp minta tawar la. sekarang, handphone ayah lagi canggih dr anak2nya. jeless sungguh. :D 

after beli tu, adik pulak ajak g survey laptop. sibukk je. HUHU. tp tak jumpa kedai laptop. cari kt TESCO dengan MELAKA SENTRAL memang la tak ade. tak ape. lenkali kite cari eh YUN.

oke, da sampai kemuncak cerita hari ini. mase jalan kat MELAKA SENTRAL kan. tiba2 aku perasan ayah & adik aku tak de kt belakang aku. yewla aku leka sangat tengok baju2 kat situ. aku cari2, baru lah jumpa mereka. nak taw mereka buat apa.?? PERHATI SORG BUDAK KECIL NANGIS SMBIL KE HULU, KE HILIR. budak tu cari mak dia kot. *mcm aku cari ayah aku td. tp aku da besar, budak tu kecil, :D. sambung. bahaya taw budak tu. da la ramai orang. tp orang tengok je dia.

pastu ayah aku dengan mulia hatinya panggil bdk kecil tu. "meh sini, cari mak" sambil hulur tangan suruh pimpin. budak tu pun pimpin tangan ayah. ayah nak bawa pergi kaunter pertanyaan sebenarnya. kesian budak tu nangis. masa dalam perjalanan ke kaunter, tiba sorg wanita, mak budak tu kot. muka dia risau habis. datang terus dukung budak tu peluk. aku pulak risau dia tuduh ayah aku nak curi anak dia. aku pun kata la. "budak ni nangis kat situ td. ni nak bawa dia pergi kaunter pertanyaan. tak perasan ke dia hilang." CEHH. selamatkan ayah, ayah tak buat salah pun, cuma risau saja org fikir bukan2. :) then wanita tu kata. "terima kasih yew". :) dia masih terkejut. nampak sangat.

pedomannya disini, jangan lah kita terlalu leka dengan khazanah2 di kedai sehingga tidak perasan orang terdekat sudah hilang. lebih2 lagi kanak2. kanak2 banyak hilang mungkin kerana mereka2 yg cuai serta leka ini. sekian. :)

adik bongsu. muhammad ahzim zikry. sayang adik. :)

No comments:

Post a Comment